Gotong Royong Mega 2.0 Cegah Denggi

3 November 2019 | Aktiviti Terkini

MKKK Kg.Kubu Gajah telah mengadakan program gotong royong Mega 2.0 cegah denggi. Program ini merupakan kerjasama daripada pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Team Selangor. Program berlansung pada 2 November 2019 bermula pada pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. Lebih daripada 150 orang terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan terbiar ataupun kawasan kotor daripada tempat pembiakan nyamuk aedes. Selain daripada itu ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan rumah agar tiada nyamuk aedes dan dapat menghindarkan diri kita dari penyakit tersebut. Ini kerana, kebersihan di kawasan sekitar juga memainkan peranan dan perlu mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat setempat bagi mengurangkan risiko kepada jangkitan wabak denggi.

Antara aktiviti sampingan yang dilakukan adalah pertandingan mewarna bertemakan nyamuk Aedes, pertandingan mencari barang kitar semula dan booth pameran. Program ini berakhir dengan jamuan tengah hari disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali